Посольство України в Малайзії

, Київ 01:19

Інтерв'ю Посла України в Малайзії Олександра Нечитайла малайзійському виданню Sarawak Voice Daily - "Duta Ukraine yang kacak kagum dengan keindahan Sarawak" (малайською мовою)

27 листопада 2017, 04:26

KUCHING: Tampan, muda dan fasih pelbagai bahasa melengkapkan Olexander Nechytaylo sebagai duta yang dihormati rakan dan lawan.

Sosok yang lahir 45 tahun lalu dari Wilayah Cherkasy itu bukan calang-calang tokoh. Beliau merupakan lulusan Tara’s Shevchenko National University, di Kyiv, Ukraine dengan pengkhususan dalam Kajian Oriental.

Bapa dua anak ini kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang sarjana, dengan pengkhususan dalam bahasa Mandarin selain Bahasa dan Kesusasteraan Ukraine.

Pakej ini melengkapkan anak muda ini menjadi diplomat, dan ia direalisasikannya ketika menyertai Jabatan Luar Negeri pada 1995.

Mahir pelbagai bahasa, antaranya Mandarin, Englis, Ukraine, Romania, Rusia Dan Hungary memudahkan urusan Nechytaylo bertugas sebagai Duta Ukraine pada Jun lalu.

Ini penugasan keduanya di Kuala Lumpur selepas sebelum ini menjawat jawatan Konsular.

Beliau juga pernah berkhidmat di Beijing, China dan Jakarta, Indonesia, yang menjadi punca beliau fasih berbahasa Melayu, ala Indonesia.

Akuinya lagi, memahami pelbagai bahasa asing merupakan satu kelebihan dan kebanyakan anak muda di Ukraine fasih berbahasa Rusia.

Mengulas tentang Sarawak, Nechytaylo yang juga salah seorang delegasi Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) memberitahu, salah satu keunikan yang terdapat di negeri Sarawak yang menarik minat pelancong luar ialah kekayaan serta kecantikan alam semulajadinya.

“Kekal dan peliharalah keindahan tersebut.

“Sarawak juga mempunyai pemimpin yang bagus yang prihatin akan keindahan alam semulajadi ini serta memastikan flora dan faunanya dijaga dengan baik.

Apa yang terdapat di Sarawak katanya, tidak sama dengan apa yang terdapat di negara luar.

Sepanjang tiga hari di sini, beliau sempat melawat rumah panjang, menikmati makanan orang Sarawak, belajar cara hidup orang Sarawak dan tradisinya. – Sarawakvoice

Джерело:  |  Sarawak Voice Daily

Останні інтерв`ю

Надзвичайний і Повноважний Посол України в Малайзії

Контакти

Адреса: вул. Тун Разак 207, будинок Тан енд Тан, 22 поверх, офіс 22.02 50400 Куала-Лумпур, Малайзія. Переглянути на мапі
Телефон: (+6-03)-2166-9552, (+6-03)-2166-3612, (+6016) 261 4707 (ВИКЛЮЧНО в разі загрози життю чи загибелі громадян України)
Факс: (+6-03)-2166-4371
Ел. пошта: emb_my@mfa.gov.ua
Веб-сайт: malaysia.mfa.gov.ua