Посольство України в Малайзії

, Київ 11:15

Інтерв'ю Посла України в Малайзії Олександра Нечитайла малайзійському виданню Sarawak Voice Daily - "Duta Ukraine puji profesionalisme Malaysia tangani MH17" (малайською мовою)

27 листопада 2017, 05:38

KUCHING: Diplomat Malaysia profesional. Mereka berjaya menunjukkan kepakaran diplomasi tahap tinggi biarpun pada hakikatnya negara ini merupakan mangsa konflik perang di antara dua negara di Eropah dalam kes tembak jatuh MH17, kata Duta Ukraine ke Malaysia, Olexander Nechytaylo.

“Profesionalisme mereka jelas terpancar hingga kini dan bagi Ukraine, tragedi itu telah membentuk ikatan rapat di antara beberapa negara termasuk Malaysia, Australia, Belgium dan negara kami, yang mahu memastikan keadilan mangsa dapat ditegakkan.

“Berdasarkan laporan terkini, pasukan penyiasat antarabangsa kini menemui petunjuk baharu berhubung insiden tersebut,” katanya ketika ditemui media Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini pada petang Khamis.

Jelasnya, dengan adanya bukti baharu di lokasi nahas, pasukan penyiasat telah berjaya mengenal pasti individu yang bertanggungjawab.

Tragedi MH17 berlaku pada 17 Julai 2014 apabila pesawat Malaysia Airlines itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur.

Pesawat malang tersebut ditembak dan meledak di ruang udara Hrabove, Donetsk Oblast, Ukraine, seterusnya mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 kru penerbangan.

Tujuh daripada mangsa termasuk enam sekeluarga yang hendak pulang berhari raya adalah dari Sarawak. – Sarawakvoice

Джерело:  |  Sarawak Voice Daily

Останні інтерв`ю

Надзвичайний і Повноважний Посол України в Малайзії

Контакти

Адреса: вул. Тун Разак 207, будинок Тан енд Тан, 22 поверх, офіс 22.02 50400 Куала-Лумпур, Малайзія. Переглянути на мапі
Телефон: (+6-03)-2166-9552, (+6-03)-2166-3612, (+6016) 261 4707 (ВИКЛЮЧНО в разі загрози життю чи загибелі громадян України)
Факс: (+6-03)-2166-4371
Ел. пошта: emb_my@mfa.gov.ua
Веб-сайт: malaysia.mfa.gov.ua