Publication by the BERNAMA: Ukraine sambut ulang tahun Jubli Perak Perlembagaannya (in Malay)
28 June 2021 13:43

KUALA LUMPUR, 28 Jun -- Ukraine pada Isnin meraikan ulang tahun ke-25 Perlembagaan yang diterima pakai Verkhovna Rada (Parlimen) pada 1996, lima tahun selepas memperoleh kemerdekaan dari Kesatuan Soviet. 

Kedutaan Ukraine di Kuala Lumpur berkata meskipun Perlembagaan terkini Ukraine baru mencapai usia jubli perak, terdapat undang-undang warisan Perlembagaan Ukraine yang berusia 311 tahun. 

Malah, ia adalah dokumen pertama dunia menetapkan standard demokrasi yang memisahkan kuasa kerajaan mengikut cabang perundangan, eksekutif, dan kehakiman. 

"Pada awal abad ke-17, Zaporizhian Host Cossack mempeloporinya dengan satu dokumen yang unik pada masa itu yang disebut" Perjanjian dan Perlembagaan Hak dan Kebebasan ", juga dikenal sebagai Perlembagaan Pylyp Orlyk," katanya dalam satu kenyataan di sini. 

Digubal pada 1710, Perlembagaan tersebut pada asalnya ditulis dalam dua salinan iaitu bahasa Ukraine-lama dan Latin. Versi Ukraine-lama, ditandatangani Cossack Hetman Pylyp Orlyk dan dimateri oleh Raja Charles XII dari Sweden, kini disimpan di Arkib Negara Rusia, katanya. 

Versi Latin pula disimpan di Arkib Negara Sweden. “Selama beberapa dekad, Ukraine berusaha untuk membolehkan warisan bersejarah dan perundangan ini dapat diperlihatkan kepada penduduk awam Ukraine. 

"Menurut persetujuan antara kerajaan Ukraine dan Sweden yang diumumkan pada Mei 2021, buat julung kalinya selepas 311 tahun, Perlembagaan dan undangundang Pylyp Orlyk akan kembali ke Ukraine. Ia akan dipamerkan di Kyiv sempena sambutan ulang tahun Kemerdekaan ke-30, ” tambah kenyataan itu. 

BERNAMA

Outdated Browser
Для комфортної роботи в Мережі потрібен сучасний браузер. Тут можна знайти останні версії.
Outdated Browser
Цей сайт призначений для комп'ютерів, але
ви можете вільно користуватися ним.
67.15%
людей використовує
цей браузер
Google Chrome
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
  • Linux
9.6%
людей використовує
цей браузер
Mozilla Firefox
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
  • Linux
4.5%
людей використовує
цей браузер
Microsoft Edge
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
3.15%
людей використовує
цей браузер
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
  • Linux