RAKYAT Ukraine di seluruh dunia pada esok (Sabtu) akan memperingati Hari Holodomor iaitu peristiwa genosid yang menyaksikan mangsa mati akibat kebuluran, dilakukan rejim Soviet sehingga mengorbankan jutaan nyawa.
Kedutaan Ukraine di Malaysia berkata Holodomor antara peristiwa penting dalam lipatan sejarah rakyat Ukraine dan pada setiap Sabtu keempat November, warga Ukraine menyalakan lilin di jendela sebagai mengenang mereka yang terbunuh dalam tragedi itu.