Publication by the Terkini: Dunia : EUROCHAM Malaysia meterai MoU dengan Kedutaan Ukraine promosi perdagangan, pelaburan (in Malay)
01 September 2020 20:54

KUALA LUMPUR, 1 Sept -- EUROCHAM Malaysia, dewan perniagaan terbesar di Malaysia, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kedutaan Ukraine di Malaysia untuk mempromosi perdagangan dan pelaburan dua hala antara kedua-dua negara, selain mewujudkan peluang perniagaan saling menguntungkan melalui platform serta rangkaian perniagaan masing-masing.

Pengerusi EUROCHAM Malaysia, Oliver Roche, berkata kerjasama dengan Kedutaan Ukraine akan memperkukuh kedudukannya dalam mempromosi peluang perniagaan Pan-Eropah selain menawarkan pelbagai platform perniagaan yang mempunyai nilai tambah kepada ahli.  

"Ukraine sentiasa menjadi rakan keutamaan untuk Kesatuan Eropah (EU) dan kami sangat gembira untuk memperluas hubungan EU-Ukraine di Malaysia di sini," kata Roche mewakili dewan perniagaannya, semasa majlis memeterai MoU itu di kedutaan pada 27 Ogos .

Sementara itu, Duta Besar Ukraine ke Malaysia, Olexander Nechytaylo, berkata kedutaan sangat berbesar hati untuk mengukuhkan kerjasama dengan EUROCHAM Malaysia dan negara ini mempunyai potensi besar dalam menawarkan penyelesaian teknologi tinggi industri dan merupakan antara negara penting di dunia yang mampu menyelesaikan kitaran lengkap pembuatan aeroangkasa.

"Oleh itu, kami sangat yakin bahawa kerjasama ini akan menerajui pertukaran pengetahuan dan teknologi antara EU, Ukraine dan Malaysia," katanya.

Menerusi MoU tersebut, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, inisiatif rundingan dasar, serta pemasaran dan komunikasi, yang memperlihatkan potensi ekonomi Ukraine.

Selama hampir tiga dekad, EUROCHAM Malaysia telah mengembangkan kepakarannya bagi memudahkan perdagangan dan pelaburan antara EU-Malaysia, bertujuan meningkatkan pakatan perniagaan untuk kesejahteraan perkongsian EU-Malaysia. 

Dengan lebih 1,600 syarikat dalam rangkaiannya yang meluas, EUROCHAM Malaysia menawarkan platform perniagaan terbesar untuk meneroka pasaran Malaysia atau untuk mengetahui kepelbagaian ekonomi Eropah.


Link: https://www.terkini247.info/2020/09/dunia-eurocham-malaysia-meterai-mou.html 

Outdated Browser
Для комфортної роботи в Мережі потрібен сучасний браузер. Тут можна знайти останні версії.
Outdated Browser
Цей сайт призначений для комп'ютерів, але
ви можете вільно користуватися ним.
67.15%
людей використовує
цей браузер
Google Chrome
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
  • Linux
9.6%
людей використовує
цей браузер
Mozilla Firefox
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
  • Linux
4.5%
людей використовує
цей браузер
Microsoft Edge
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
3.15%
людей використовує
цей браузер
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
  • Linux