Publicaion by BERNAMA: MITI seru syarikat Malaysia teroka pasaran Ukraine (in Malay)
09 October 2020 10:53

KUALA LUMPUR, 9 Okt  -- Syarikat-syarikat Malaysia digalakkan untuk meneroka pasaran baru muncul seperti Ukraine dalam usaha mencari pembeli baharu, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lim Ban Hong. 

Ukraine merupakan rakan dagang utama Malaysia di Eropah Timur sejak hubungan diplomatik antara kedua negara diasaskan sejak 1991 bagi memudahkan hubungan ekonomi, perdagangan dan kebudayaan.

"Hubungan dua hala ini dipertingkatkan lagi dengan penubuhan Kedutaan Malaysia di Kiev pada September 2004," katanya dalam satu kenyataan har ini bersempena webinar bertajuk 'Malaysia-Ukraine: Pasaran Baharu Peluang Baharu (Pasca COVID-19)' yang diadakan baru-baru ini.

Malaysia mencatatkan nilai dagangan berjumlah RM1.51 bilion dengan Ukraine pada 2019, manakala pada tempoh Januari hingga Ogos 2020, jumlah urus niaga antara kedua-duanya menokok 11.4 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelum ini. 

"Lokasi malaysia yang strategik di tengah-tengah ASEAN memberikan peluang yang baik untuk perusahaan Ukraine mengembangkan perniagaan mereka di pasaran serantau. Sebagai pintu masuk, syarikat Ukraine akan berpeluang mempengaruhi lebih 650 juta penduduk dalam ASEAN," katanya.

Menurut Lim lagi, perusahaan kecil dan sederhana tempatan mempunyai keupayaan untuk menawarkan sokongan perindustrian dengan tambahan nilai, bermula daripada bidang reka bentuk dan pembangunan sehingga kepada perkhidmatan selepas jualan bagi rakan kongsi mereka dari Ukraine.

Katanya, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), akan terus menghubungkan syarikat tempatan dengan pembeli asing dan membuka peluang baharu kepada komuniti perniagaan negara dalam pasaran baru muncul seperti Ukraine. 

"Kepelbagaian pasaran amat penting bagi membantu mengurangkan beberapa kesan dalam gangguan aktiviti rantaian bekalan global akibat pandemik COVID-19," katanya.

Beliau berkata pemain industri juga digalakkan berasimilasi iklim perniagaan semasa dengan menjadi lebih fleksibel, inovatif dan perlu menerima transformasi kerana keupayaan bagi menyesuaikan diri dan mengamalkan perubahan situasi adalah penting kepada perniagaan untuk mengekalkan kehadiran mereka di pasaran global.

"Kerajaan komited untuk menyokong perniagaan tempatan agar mampu kekal berdaya saing dengan memperkenalkan dasar dan langkah yang akan menyokong pemulihan ekonomi mereka," katanya. 

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Ukraine, Dmytro Senik mengakui Malaysia sebagai negara perdagangan yang terkemuka di Asia yang mempunyai lokasi geografi yang menguntungkan termasuk persekitaran perniagaan yang kondusif.

"Malaysia memiliki semua ramuan yang diperlukan untuk menjadi pintu masuk bagi perniagaan Ukraine ke ASEAN. Begitu juga, Ukraine boleh menjadi gerbang Malaysia ke pasaran Eropah yang lebih besar. Kami menganggap Malaysia sebagai rakan penting di rantau Asia Tenggara," katanya. 

Syarikat Malaysia mempunyai, selain barangan perkilangan, kepakaran dalam reka bentuk dan pembangunan, pengurusan kemudahan, perkhidmatan pembaikan serta penyelenggaraan untuk industri pembinaan, tenaga dan penerbangan. 

Begitu juga Ukraine yang dikenali sebagai ekonomi pertanian global boleh menjadi penyumbang keselamatan makanan yang penting kepada Malaysia.

Eksport bijirin dari Ukraine ke Malaysia dalam tempoh sembilan bulan pertama 2020 naik berlipat kali ganda, mencecah US$65 juta (RM275.3 juta) manakala eksport utama Malaysia ke Ukraine merangkumi minyak sawit termasuk produk pertanian berasaskan minyak sawit, elektrik dan elektronik serta produk getah. 

Melangkah ke hadapan, Lim berkata pemain industri dari kedua-dua negara boleh membentuk lebih banyak kerjasama dalam sektor bernilai tinggi seperti teknologi kewangan, aeroangkasa, pendidikan, penyelidikan dan pembangunan farmaseutikal serta pelancongan perubatan. 

Syarikat Malaysia juga mungkin perlu memanfaatkan teknologi digital dan e-dagang untuk mendekati pembeli Ukraine.

Inisiatif yang boleh membuka peluang ini adalah Program eBizMatch dan Program eTRADE oleh MATRADE, katanya. 

Webinar anjuran MATRADE dengan kerjasama Kedutaan Ukraine di Kuala Lumpur itu menarik lebih 350 peserta dari kedua-dua negara.

-- BERNAMA

Outdated Browser
Для комфортної роботи в Мережі потрібен сучасний браузер. Тут можна знайти останні версії.
Outdated Browser
Цей сайт призначений для комп'ютерів, але
ви можете вільно користуватися ним.
67.15%
людей використовує
цей браузер
Google Chrome
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
  • Linux
9.6%
людей використовує
цей браузер
Mozilla Firefox
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
  • Linux
4.5%
людей використовує
цей браузер
Microsoft Edge
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
3.15%
людей використовує
цей браузер
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
  • Linux