KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Duta Ukraine Olexander Nechytaylo mengalu-alukan laporan interim Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) sambil berkata ia menampilkan bukti konklusif bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK 9M38 yang dibawa dari Rusia.
Nechytaylo menyifatkan laporan yang dikeluarkan di Belanda hari ini sebagai peristiwa penting dan langkah besar ke hadapan yang mencerminkan usaha berterusan dan menyeluruh yang dijalankan selama ini."
Duta ke Malaysia itu berkata laporan tersebut secara konklusif menyatakan bahawa MH17 ditembak jatuh menggunakan pelancar peluru berpandu BUK 9M38-series darat ke udara, yang dilancarkan dari wilayah itu yang dikuasai kumpulan pemisah militia disokong Rusia dan kemudian diangkut balik ke Rusia.
"Bukti sokongan yang dikumpul itu boleh digunakan oleh pihak pendakwaan dan diterima di mahkamah," kata beliau dalam reaksi segera kepada Bernama melalui e-mel.....