• A-
    A+
  • Людям із порушенням зору
  • Українською
  • English
Публікація малайзійського видання Berita Harian: Tapak bencana nuklear bertukar jadi destinasi pelancongan (малайською мовою)
Опубліковано 26 квітня 2021 року о 11:25

Peristiwa 26 April 1986 tanpa diduga meletakkan Chornobyl - sebuah perbandaran kecil waktu itu dinamakan Ukraine Soviet di peta dunia.

Letupan besar-besaran reaktor nuklear pada pagi musim bunga yang menyejukkan, walaupun tidak kelihatan percikannya ke udara, namun adalah bahan radioaktif berbahaya menyamai 300 kali ganda letupan di Hiroshima.

Awan tercemar meninggalkan kesan mengerikan di kebanyakan negara Eropah menjangkau sejauh Greenland dan Kanada.

Siri mini HBO agak tepat menggambarkan bencana dan keadaan selepasnya yang menyusul - sistem pentadbiran Soviet yang tidak rasional, percubaan penutupan terdesak oleh pegawai Parti Komunis, individu cuai yang tidak menyedari bahaya radiasi nuklear dan ratusan jiwa wira yang tidak mementingkan diri sendiri terkorban nyawa supaya orang lain dapat hidup.

Kini selepas 35 tahun berlalu, ia masih segar dalam ingatan - selepas beberapa hari tiada apa-apa mesej serius diceritakan pegawai di televisyen, tiba-tiba penduduk dikejutkan gangguan mendadak sebilangan besar trak berwarna jingga yang terus menyembur air di jalan di Kyiv.

Masih terbayang wajah ibu bapa yang prihatin dengan kejadian itu, tingkap rumah ditutup dan kejadian langsung tidak dapat difahami anak remaja masa itu.

Hakikatnya, kemalangan Chornobyl menekankan beberapa isu serius dan mencetuskan perbincangan sengit pada peringkat global tentang sejauh mana selamatnya tenaga nuklear?

Adakah bernilai mengambil risiko yang begitu murah? Ada berpendapat Chornobyl sebenarnya digunakan sebagai landasan kejatuhan komunisme di Eropah, akhirnya keruntuhan Republik Sosialis Soviet Ukraine (USSR).

Antara legasi kemalangan Chornobyl adalah zon pengecualian seluas 30 kilometer (km) di sekitar tapak bencana.

Selepas 30 jam bencana, pihak berkuasa Soviet mengosongkan kawasan bencana dengan memindahkan penduduk yang terdedah radiasi nuklear.

Dalam langkah tidak pernah berlaku sebelum ini, lebih 200,000 penduduk dipindahkan dalam tempoh singkat hanya beberapa jam ke kawasan selamat jauh dari Chornobyl.

Mereka meninggalkan segalanya - rumah, harta benda dan segala kenangan di belakang.

Namun pada 2019, Presiden Volodymyr Zelenskyy, melancarkan Strategi Pembangunan Chornobyl untuk mengubah kawasan yang 'dibekukan' masanya ini menjadi destinasi pelancongan tempatan dan antarabangsa yang baharu.

Sebenarnya, selama bertahun-tahun hidupan liar di hutan simpan luas di zon pengecualian secara ajaibnya kembali.

Sesetengah spesies haiwan yang dianggap pupus walaupun sebelum kemalangan berlaku, kini berkeliaran dengan sangat bebas.

Oleh kerana akses terhad dunia luar dengan hampir tiada langsung campur tangan manusia, haiwan seperti moose (spesies rusa terbesar), serigala, lynx dan kuda Przewalski yang terancam, perlahan-lahan menduduki semula hutan di sekitarnya.

Keadaan ini mewujudkan satu ekosistem sangat unik, di samping menyediakan tapak penyelidikan tidak ternilai harganya untuk ahli biologi.

Kisah kebangkitan semula Chornobyl menakjubkan ini dipaparkan dalam episod akhir dokumentari Netflix Our Planet, diriwayatkan legenda David Attenborough.

Simbolisme Chornobyl atau wormwood - apa yang dimaksudkan sastera dalam bahasa Ukraine - mempunyai begitu banyak peringkat.

Ia manifestasi minda manusia yang sentiasa berani berusaha menceburi perairan penerokaan yang tidak berubah. Ia sememangnya mencetus peringatan berterusan bahawa setiap langkah kemajuan saintifik datang dengan kos, yang kadang-kadang langsung tidak tertanggung. Ia juga kebijaksanaan kitab lama bahawa kebenaran tetap datang untuk memberi kebebasan pada semua.

Namun, apa paling penting adalah mesej dibawa, bahawa kuasa kehidupan lebih kuat daripada kuasa manusia sama ada disengajakan atau pun tidak dalam membuat kesilapan.

Penulis adalah Duta Ukraine di Malaysia

BeritaHarian

Outdated Browser
Для комфортної роботи в Мережі потрібен сучасний браузер. Тут можна знайти останні версії.
Outdated Browser
Цей сайт призначений для комп'ютерів, але
ви можете вільно користуватися ним.
67.15%
людей використовує
цей браузер
Google Chrome
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
  • Linux
9.6%
людей використовує
цей браузер
Mozilla Firefox
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
  • Linux
4.5%
людей використовує
цей браузер
Microsoft Edge
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
3.15%
людей використовує
цей браузер
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
  • Linux