Портал в режимі тестування та наповнення
  • A-
    A+
  • Людям із порушенням зору
  • Українською
  • English
Публікація малайзійського видання "Berita Harian": Ukraine sambut baik perbicaraan MH17 - Duta (малайською мовою)
Опубліковано 08 березня 2020 року о 17:18

KUALA LUMPUR: Ukraine menyambut baik permulaan perbicaraan kes jenayah membabitkan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang dijadual pada Isnin 9 Mac di Mahkamah Daerah The Hague, Belanda, kata Duta Ukraine ke Malaysia, Olexander Nechytaylo.

Beliau berkata, perbicaraan itu menjadi satu detik penting ke arah menegakkan keadilan untuk mangsa MH17 dan waris serta mempertanggungjawabkan mereka yang bersalah.

“Kami amat yakin terhadap kebebasan dan profesionalisme prosedur perundangan mahkamah Belanda.

“Bidang kuasa utama untuk menyiasat dan membicarakan dalang serangan ini adalah hak Ukraine. Bagaimanapun, bagi memastikan perbicaraan yang benar-benar bebas dan telus, hak untuk menghukum di bawah Pasukan Siasatan Bersama (JIT) diserahkan kepada Belanda,” kata Nechytaylo menerusi kenyataan kepada BERNAMA.

Sesi perbicaraan dijadualkan 9 hingga 13 Mac diikuti 23-27 Mac, 8 Jun hingga 3 Julai, 31 Ogos hingga 13 November dan 1 Februari hingga 26 Mac 2021.

Pada 17 Julai 2014, pesawat MH17 dengan 298 penumpang serta anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh di Ukraine.

Berikutan itu, JIT dibentuk dengan dianggotai penyiasat dan pendakwa dari Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine.

Pada Julai 2015, Russia menggunakan kuasa pembatalnya terhadap draf Ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diterajui Malaysia bagi menggesa pembentukan sebuah tribunal khas antarabangsa untuk MH17.

Pada Oktober 2015, Lembaga Keselamatan Belanda menerbitkan laporan siasatan teknikal di bawah fasal Konvensyen Chicago yang menyimpulkan penerbangan MH17 ditembak jatuh dari kawasan yang dikuasai pemisah di Ukraine menggunakan pelancar peluru berpandu BUK.

Pada Julai 2017, Ukraine dan Belanda menandatangani perjanjian untuk mendakwa individu yang terbabit dalam kejadian berkenaan di Belanda.

Pada Jun 2019, JIT mengumumkan empat individu - tiga warga Russia dan seorang rakyat Ukraine, akan didakwa berhubung menembak jatuh pesawat MH17 dan akhirnya didakwa atas tuduhan kesalahan jenayah dan undang-undang prosedur jenayah Belanda.

Nechytaylo turut berkata pada Januari 2017, Ukraine memfailkan prosiding di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ke atas Persekutuan Rusia berhubung dakwaan Rusia melanggar tanggungjawabnya di bawah Konvensyen Antarabangsa, berkaitan usaha Mengekang Pembiayaan terhadap Keganasan serta Konvensyen Antarabangsa berhubung Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum, dengan salah satu episodnya adalah kejadian membedil MH17.

Pada 8 November 2019, ICJ mengesahkan mereka mempunyai bidang kuasa dalam kes berkenaan. – BERNAMA

Link

Outdated Browser
Для комфортної роботи в Мережі потрібен сучасний браузер. Тут можна знайти останні версії.
Outdated Browser
Цей сайт призначений для комп'ютерів, але
ви можете вільно користуватися ним.
67.15%
людей використовує
цей браузер
Google Chrome
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
  • Linux
9.6%
людей використовує
цей браузер
Mozilla Firefox
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
  • Linux
4.5%
людей використовує
цей браузер
Microsoft Edge
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
3.15%
людей використовує
цей браузер
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
  • Linux