• A-
    A+
  • Людям із порушенням зору
  • Українською
  • English
Інтерв'ю Посла України в Малайзії Олександра Нечитайла малайзійському виданню BH Online - "Ukraine ingin tingkatkan kerjasama pertahanan" (малайською мовою)
Опубліковано 20 квітня 2018 року о 10:02

KUALA LUMPUR: Ukraine berhasrat meningkatkan dan meluaskan lagi hubungannya dengan Malaysia dalam bidang industri pertahanan berikutan pembangunan pesat negara ini dari segi penggunaan sistem pertahanan.

Duta Besarnya ke Malaysia, Olexander Nechytaylo, berkata Ukraine amat komited untuk bekerjasama dengan Malaysia dan aspek pertahanan adalah antara bidang utama yang menjadi fokus bersama kedua-dua negara sejak sekian lama.

"Kami (Ukraine) baru saja bertemu dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi. Kami berbincang dan bersetuju untuk bekerjasama rapat serta mewujudkan rangka kerja sewajarnya.

"Sehubungan itu, banyak aspek akan dibincangkan seperti politik, pertahanan dan perkongsian idea," katanya kepada di luar acara pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2018 di sini hari ini.

Olexander berkata setelah menghadiri DSA 1998, beliau dapat melihat perbezaan besar yang wujud dalam tempoh 20 tahun dan ini menunjukkan Malaysia mencapai banyak kemajuan dalam menyumbang secara aktif terhadap keselamatan serantau.

"Secara jujur, saya kagum dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang mengalami banyak penambahbaikan dan komited terhadap keselamatan serantau, manakala asetnya pula dilengkapkan dengan teknologi terkini," katanya.

Dalam menganjurkan pameran DSA dan NATSEC 2018, Malaysia mempamerkan komitmennya untuk meningkatkan keselamatan negara dan rantau ini.

Dasar itu menjadi salah satu tonggak dalam manifesto Barisan Nasional, meningkatkan keamanan melalui pelbagai inisiatif yang akan dilaksanakan jika parti itu terus berkuasa melalui Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sementara itu, Ketua Pengarah Industri Pertahanan Ukraine, Pavlo Bukin, berkata pihaknya mengesyorkan produk tertentu untuk digunakan ATM.

"Kami syorkan dua jenis kenderaan ketenteraan 4x4 kami. Mereka menunjukkan minat dan kami berharap akan dapat meneruskan kerjasama sedia ada.

"Ukraine bersikap sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Malaysia dan kami tidak mempunyai sebarang agenda politik dengan Malaysia. Kami bukan kuasa besar dan kami tidak mempunyai kepentingan tersembunyi. Kami ingin pastikan semua persiapan akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara," katanya.

Pameran empat hari itu, yang bermula Isnin lalu di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, menghimpunkan kira-kira 1,500 syarikat berkaitan pertahanan dan 350 anggota perwakilan dari 45 negara. - BERNAMA

Посилання: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/414320/ukraine-ingin-tingkatkan-kerjasama-pertahanan

BH Online,

Outdated Browser
Для комфортної роботи в Мережі потрібен сучасний браузер. Тут можна знайти останні версії.
Outdated Browser
Цей сайт призначений для комп'ютерів, але
ви можете вільно користуватися ним.
67.15%
людей використовує
цей браузер
Google Chrome
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
  • Linux
9.6%
людей використовує
цей браузер
Mozilla Firefox
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
  • Linux
4.5%
людей використовує
цей браузер
Microsoft Edge
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
3.15%
людей використовує
цей браузер
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
  • Linux