• A-
    A+
  • Людям із порушенням зору
  • Українською
  • English
Публікація малайзійського видання Utusan Online - "Raja Perlis terima mengadap duta besar Ukraine" (малайською мовою)
Опубліковано 01 листопада 2018 року о 12:27

ARAU 1 Nov. - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap hormat oleh Duta Besar negara Ukraine ke Malaysia Olexander Nechytaylo di Balai Menghadap Biru Istana Arau baru-baru ini.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Olexander yang amat berminat dalam subjek sejarah setempat meluangkan masa melawat Muzium Marhum Kota Kayang dan Galeri Diraja Arau mengadakan lawatan kerja ke negeri Perlis selama dua hari mempersembah maklum kepada Tuanku Raja Perlis betapa terujanya merasai sendiri ketenangan hidup dan keindahan alam semulajadi di negeri Perlis yang juga mirip yang terdapat di negara beliau.

Beliau juga berharap segala perancangan pembangunan negeri ini seperti dimaklumkan dalam taklimat kepada beliau akan berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang dalam masa terdekat demi untuk kesejahteraan rakyat dan negeri ini.

Melalui peluang kerjasama Ukraine dan Perlis, beliau menyatakan teknologi pesawat udara tanpa pemandu atau dron (UAV) mungkin boleh dipelopori di antara syarikat-syarikat Ukraine dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang difahamkan sudah mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

Beliau terdahulu pada tengaharinya mendapat taklimat mengenai pembangunan ekonomi dan peluang-peluang pelaburan di negeri ini yang disampaikan oleh para pegawai daripada pejabat Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Negeri Perlis dan juga Pejabat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Negeri Perlis.

Beliau dilahirkan di Wilayah Cherkasy, Ukraine pada 20 September 1973, boleh berbahasa Mandarin dan Bahasa Indonesia mempunyai seorang isteri dan dua orang anak iaitu seorang perempuan (19 tahun) dan seorang lelaki (15 tahun).

Sebelum dilantik sebagai Duta Besar ke sini dua tahun yang lalu turut pernah berkhidmat di pejabat perwakilan negara Ukraine di Jakarta, Beijing dan juga Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE


Посилання: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/raja-perlis-terima-mengadap-duta-besar-ukraine-1.779387

Utusan Online,

Outdated Browser
Для комфортної роботи в Мережі потрібен сучасний браузер. Тут можна знайти останні версії.
Outdated Browser
Цей сайт призначений для комп'ютерів, але
ви можете вільно користуватися ним.
67.15%
людей використовує
цей браузер
Google Chrome
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
  • Linux
9.6%
людей використовує
цей браузер
Mozilla Firefox
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
  • Linux
4.5%
людей використовує
цей браузер
Microsoft Edge
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
3.15%
людей використовує
цей браузер
Доступно для
  • Windows
  • Mac OS
  • Linux