Program yang diadakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Perlis, Pauh Putra itu turut dihadiri oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengarah PTSS Perlis, Abdul Malek Hassan serta timbalan-timbalan beliau, Roseliza Shaari (Akademik) dan Jamazuki Othman (Sokongan Akademik).
Syarahan disampaikan oleh Duta Besar negara Ukraine ke Malaysia, Olexander Nechytaylo.
Pada sebelah petangnya Olexander melawat Gua Kelam dan Persempadanan Malaysia-Thailand di Padang Besar dan Kompleks Bebas Cukai Emas Kerajang.
Sebelum pulang ke ibu negara, beliau meluangkan masa singgah bagi mengadakan lawatan ke Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh Putra dan mengadakan perbincangan bagi melihat peluang-peluang baru bagi syarikat-syarikat Ukraine berkolaborasi dengan pihak universiti tersebut khususnya dalam bidang teknologi pesawat udara tanpa pemandu atau dron (UAV). - UTUSAN ONLINE