KUALA LUMPUR, 29 Mei – Kerajaan Ukraine menyambut baik keputusan Tribunal Undang-undang Laut Antarabangsa (ITLOS) yang memerintahkan Rusia membebaskan tiga kapal dan 24 kelasi yang ditahan di negara itu.
“Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri mengalu-alukan keputusan Tribunal itu,” kata Duta Besar Ukraine ke Malaysia, Olexander Nechytaylo, dalam satu kenyataan kepada Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama di sini.
Beliau berkata keputusan itu memberikan isyarat jelas kepada Rusia bahawa ia tidak boleh sewenang-wenangnya melanggar undang-undang antarabangsa.
“Kami berharap Rusia akur dengan arahan itu,” katanya. – Bernama
Посилання: https://mediapermata.com.bn/ukraine-sambut-baik-keputusan-itlos/